Wednesday, February 3, 2016

#olabola

Bismillahirahmanirahim.....


Satu satunya filem yang mmg xde rasa nak tgk langsung sebb trailernya x best dan sorrounding filem retro zaman 70an -  80an, tapi akhirnya ada org tu kluar air mata kluar pintu panggung lepas tgk cerita ni... huhuhuhu...

filem ini berkisar mengenai semangat juang pasukan bola sepak kebangsaan bagi berusaha melayakkan diri ke Sukan Olimpik Moscow, Rusia pada 1980. antara pelakon utama filem ini ialah Bront Palare (Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem FFM 27), Muhd Luqman Hafiz (selfie dgn Khairy Jamaludin (KJ), Chee Jun Cherng (hensemnye), Low Sin Mun, Uncle Franke Lee (Pelakon The Journey) dan ramai lagi pelakon baru.

pelakon nye mmg 1 Malaysia (cina melayu india sikh) dan nama watak pun nama retro abu, ali, tauke, muthu dan nama2 lama.. paling aku salute ttg cerita ni ialah permandangan atau cinematografi yang sangat cantik pengambaran sekitar Sabah dan Bukit Broga.. cantik sgt la bagi aku yg x berapa nak seni sangat ni..


Tapi benarlah pendapat sesetengah orang bahawa bola sepak adalah permainan yang menyatukan semua bangsa dan kaum di Malaysia malah kita semua sanggup berhabis habisan untuk menonton perlawanan bola sepak. rasanya filem ni satu satunya filem mengenai pasukan bola sepak negara. yelah, mungkin akibat kekurangan maklumat atau pengetahuan, rasanya zaman ni penyerang utama bola sepak yang hebat ialah Allahyarham Mokhtar Dahari. kenapa watak tu xde ye... yang ada watak Datuk Soh Chin An adalah.. mungkin kehebatan Mokhtar Dahari muncul selepas zaman ni kot...

anyway, mmg terbaik la cerita ni.. banyak pengajaran dan semangat yang boleh diambil...
saya bagi 4 bintang.....

No comments:

Post a Comment