Seorang gadis biasa yang berjanji pada diri untuk menjadi terbaik pada diri, mak ayah, keluarga, masyarakat, agama dan negara.. Merindui Kekasih ALLAH SWT dan Mencintai ALLAH dengan sepenuh hati... Impianku hanya satu, ingin berada di syurgaMU Ya ALLAH.. Semoga aku mendiami syurgaMu Ya Ilahi.... Masih belum menemui teman yang akan ditemani nya di syurga abadi.. Menantikan lelaki soleh yang akan menyunting diri ku sebagai penemannya di sana nanti..
Thursday, April 7, 2011
Semangat Penghulu Segala Hari
Bismillahirahmanirahim... Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Jumaat buat semua... ku pagi-pagi lagi dah bersemangat gosok jubah pink, tudung pink mandi berwangi wangian.. kan sunnah hari jumaat kena berwangi wangian... so semangat pun lain, walaupun ada keuzuran hari ni.. xpe, keuzuran yang dialami tu x menghalang niat aku untuk bersemangat hari ni... eerrrmmm.. minggu ni dah masuk jumaat minggu ke 3 aku keje kat Unit Data ni.. sejak minggu lepas aku mesti bz ngan dokumen data. tapi after siap report tok LLM, kira dah x bz la.. tapi aku x boleh la dok melenggung goyang kaki je.. aku buat je keje2 posmen (cop receive documen unit data) then teruskan keje GURU SEKOLAH ( check dokumen pakai pen merah).. banyak la jugak istilah2 baru yang ku cipta kat unit data ni.. keje2 posmen la, routine cikgu sekolah la then istilah signature SUPERMAN. xpe2, ku mmg happy keje kat sini (alhamdullilah, alhamdullilah, alhamdulillah) walau apa pun ku x lupa untuk terus bersyukur atau segala nikmat yang telah ALLAH kurniakan kepada ku.. YA ALLAH, ku bersyukur sangat keje kat sini. 1. sebab ni company org melayu, so tenaga kita x diperah sesuka hati, OT dibayar, insentif diberikan. 2. aku masih lagi boleh beribadat dengan tenang, tak terburu2, awal waktu plus tengah dok usaha mantapkan ibadah yang wajib dan juga tampal dengan ibadah2 sunat. semoga perkara ni terus menjadi amalan dan ku terus istiqamah. insyaallah, ku mohon kekuatan ALLAH untuk sentiasa bukakan hati ni, tingkatkan keimanan dan ketakwaan kepadaNYA. akhir kalam, semoga hari2 yang ceria ni sentiasa berterusan dan semoga ALLAH melimpahkan perlindungan buat kita semua ~wasalam~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Insyallah... segala penat jerih akan membuahkan hasil...
ReplyDelete