Saturday, March 19, 2011

Alhamdullilah

Bismillahirahmanirahim.... Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Alhamdullilah, syukur pada segala kurniaan yang telah ALLAH kirimkan buat ku sekeluarga.. masuk hari ni dah minggu ke 3 dan minggu depan minggu ke 4 ku telah menemui kerja baru yang sesuai di hati..

kerja sebelum ni bukan tak syok tapi rasanya kurang sesuai dengan diri aku.. lagipun environment yang sangat stress buat aku x pk lama untuk terus berada di situ. dengan hati yang nekad, ku apply je keje ni dan alhamdullilah setelah menunggu tidak berapa lama (tapi hampir 2 bulan lebih gak) dan akhirnya aku berjaya mendapatkan pekerjaan ni..

tapi keseronokan itu ditambah dengan ujian dari ALLAH SWT, yang menduga kesabaran dan keimanan aku. masa medical check up untuk keje ni, di Pusat Rawatan Islam Al-Islam Kg Baru Kuala Lumpur; aku telah di sahkan mungkin mengalami sakit buah pinggang atau batu karang.. doktor suspek sesuatu yang tak kena dengan buah pinggang atau mungkin ada batu karang; berdasarkan ujian air kencing ku yang positif mengandungi kandungan darah..

lemah lutut ku bile dengar penerangan doktor.. Ye la selama ni ku rasakan diri ku sihat sejahtera . tekanan darah okey dan gula darah darah pun okey je tok medical check up tu. lagipun selama keje di HUKM Cheras, aku selalu gak uat rutine check up.. sebab check up medical tool memang available kat sana..

doktor bagi aku rehat dan suruh makan ubat yang dier bagi dan yang paling penting ku kena minum air masak banyak2. Ye lah, seingat aku: memang aku kurang minum air masak. sejak pemergian arwah mak, ku sering kali minum air teh.. sebab dulu minuman teh adalah kegemaran mak.. langsung dan boleh dikatakan jarang la nak dok minum air masak ni.. so my routine drink now is air masak.. oleh kerana itu, g keje sekarang pun beli air botol yang besar gile.. isipadu 2000 ml... kadang2 abis, kadang2 tinggal suku..


6 mac 2011 aku buat last check up dan alhamdullilah ku telah disahkan tiada masalah buah pinggang atau batu karang.. alhamdullilah, syukur pada ALLAH atas segala nikmat yang telah diberikan kepada aku. but now i take an action to beware with my health. risau pulak kalau ia berulang kembali..

secara tulusnya; ada hikmah kenapa ALLAH berikan ujian ini kepada aku. tok bagitau aku, jangan ingat dalam usia muda ni xde kena penyakit. sebab penyakit tu tak kenal usia, kalau x jaga kesihatan memang x sihat la jawab nya. Dan ujian ini buat ku dekat pada ALLAH, kalau tak aku sentiasa lupa tok doa tentang kesihatan diri ni. Dan jarang2 sekali buat solat taubat. dah dengar berita yang merisaukan, barulah nak buat solat taubat.. jangan ikut perangai aku tau!! kena sentiasa buat solat taubat... bak kata pepatah orang dulu dulu " dah terantuk, baru nak terngadah"


~wasalam~

No comments:

Post a Comment